Monday, May 31, 2010

PENUBUHAN AWAL

SIJIL TEKNOLOGI UPHOLSTRI INDUSTRI DAN HIASAN DALAMAN (STUD) pada awalnya kursus ini lebih dikenali dengan nama Kursus Jahitan Kusyen dan Kanvas (JKK). Mula ditubuhkan pada tahun 1983 di IKMSP dan mempunyai 2 orang tenaga pengajar iaitu En Suhaimi Harun dan En Mohd Raif Shafie.  Tidak lama kemudian diikuti dengan kemasukkan En Afalatun Jamshaid dan En Mohd Zaki Majid dan ini menjadikan jumlah tenaga pengajar ketika itu seramai 4 orang. 

Pengambilan pertama pada Julai 1983 hanya disertai seramai 16 orang pelatih lelaki dan wanita. Diawal penubuhan kursus ini, pembelajaran lebih tertumpu kepada kerja-kerja amali pembuatan sofa sahaja.

Pada tahun 1987 nama kursus telah ditukar kepada nama Kursus Kerja Kusyen dan Kanvas (KKK). Sekitar tahun 1992, sekali lagi nama kursus ini ditukarkan kepada nama Teknologi Upholstri Dan Hiasan Dalaman (TUHD). Tenaga pengajar yang terlibat ketika itu telah meningkat seramai 9 orang dan seorang juruteknik manakala pelajarnya pula seramai 100 orang. Akhirnya pada tahun 2007 nama kursus telah bertukar menjadi Sijil Teknologi Upholstri Industri dan Hiasan Dalaman (STUD), namun bilangan tenaga pengajar dan pelajar masih sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya.

Tenaga pengajar diawal penubuhan Kursus Jahitan Kusyen dan Kanvas .
Dari kiri: En. Mohd Raif Shafie, En. Mohd Zaki Majid, En. Afalatun Jamshaid dan En. Suhaimi Harun (kini Penyelaras Kursus STUD)

Suasana bilik tenaga pengajar sekitar tahun 1983.


En. Afalatun sedang memperkenalkan En. Zaki kepada pelatih sebagai tenaga pengajar baru.


Kumpulan pertama pelatih Kursus Jahitan Kusyen dan Kanvas pada tahun 1983


Majlis Penyampaian Sijil kumpulan pertama pelatih Kursus Jahitan Kusyen dan Kanvas .


Kumpulan kedua pelatih Kursus Jahitan Kusyen dan Kanvas .

Suasana latihan pelatih ketika di bengkel.
Tenaga pengajar bersama pelatih ketika di bengkel.

No comments:

Post a Comment