Sunday, October 31, 2010

LOST WORLD OF TAMBUN


Baru-baru ini bertarikh 9hb. Oktober 2010, pelajar-pelajar dan tenaga pengajar kursus STUD telah mengadakan lawatan ke Lost World Of Tambun di Ipoh, Perak.  Hampir kesemua pelajar yang terdiri dari semester 1,2 dan 3 telah melapang diri unutk menyertai rombongan tersebut.
Objektif lawatan ini diadakan untuk mewujudkan hubungan yang muhibah dan kemesraan diantara sesama pelajar dan tenaga pengajar.  Disamping itu juga tujuan lawatan ini diadakan untuk mengurangkan tekanan dan bebanan kerja dan mendedahkan pelajar dengan suasana di luar kampus.
Pelbagai aktiviti dan permainan yang telah diadakan sepanjang lawatan tersebut.  Antara sukaneka yang disediakan oleh pihak Lost World Of Tambun seperti isi air dalam botol, water bucket relay dan bermacam-macam lagi.  Selain sukaneka yang disediakan pelajar juga berpeluang bermain dengan pelbagai permainan yang telah sediada di sana.  Antara permainan yang menjadi rebutan ialah Tube Ride dan Cliff Racer.




Pelajar-pelajar STUD yang tidak sabar-sabar pergi ke Lost World Of Tambun

 
Bas IKMSP di lebuhraya PLUS dalam perjalanan membawa pelajar-pelajar STUD ke Lost World Of Tambun.


Suasana di dalam bas ketika perjalan ke Lost World Of Tambun.

 
 Keterujaan pelajar ketika tiba di Lost World Of Tambun.

Inilah tiket masuk kami! Hoorey.....

 
Aksi-aksi pelajar semasa bermain sukaneka yang disediakan

Makan-makan selepas penat bermain



Seronoknya main Tube Ride & Dragon Fly











Suasana gembira di Lost World Petting Zoo. Wow...pegang harimau la...caya la!




 Makan lagi sebelum balik ke IKMSP



Letihnye dia...kesian...





Monday, June 7, 2010

OBJEKTIF

Program ini dirangka untuk menyediakan laluan kepada enam (6) kumpulan sasar yang telah dikenalpasti dan berminat untuk mendalami bidang-bidang teknikal bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka.  Kursus-kursus yang ditawarkan adalah secara jangkapendek yang dilaksanakan secara lebih fleksibel berdasarkan sistem modul.

Program ini merupakan salah satu usaha bagi mengatasi masalah kekurangan pelajar di semua pusat terutama bagi kursus-kursus yang kurang popular.  Dalam masa yang sama, tenaga pengajar dan kemudahan insfrastruktur di semua pusat dioptimakan.  Adalah diharapkan program ini menjadi platfom kepada semua pusat utnuk menyediakan khidmat kepakaran kepada masyarakat setempat sebagai satu usaha sosial.

Sunday, June 6, 2010

SEMESTER 1 SESI JAN-JUN 2010

Semester 1 sesi Jan-Jun 2010 terdiri daripada 19 orang pelajar. Pelajar semester 1 pada semester ini hanya mempunyai 1 kelas sahaja. 
Diawal semester, pelajar ini dilatih oleh tenaga pengajar cara penggunaan dan cara mengawal mesin jahit.  Ini bertujuan bagi mengelakan sebarang kemalangan ketika menggunakan mesin jahit. Mereka juga akan dilatih asas-asas jahitan sebelum memulakan projek latihan. Disamping itu juga tujuan latihan menjahit diajar adalah untuk memahirkan pelatih menjahit fabrik projek yang akan dihasilkan kelak. Projek yang diberi kepada pelajar semester 1 ialah pouffee dan sofa kanak-kanak. 

Pelajar semester 1 sedang menyiapkan kerja yang di arahkan oleh tenaga pengajar.

Pouffe Cendawan yang dihasilkan oleh pelajar semester 1.

SEMESTER 2 SESI JAN-JUN 2010



Semester 2 sesi Jan-Jun 2010 terdiri daripada 26 orang pelatih.  Mereka dibahgikan kepada dua buah kelas iaitu kelas 2A dan 2B yang mana masing-masing terdiri daripada 13 orang pelatih disetiap kelas.
Skop pembelajaran semester dua terarah kepada pembuatan ottoman/pouffe, sofa kanak-kanak dan sofa double seater.  Disamping itu juga, pelajar turut membuat kerja-kerja amali berbentuk Soft Furnishing yang mana mereka akan belajar cara menjahit badan langsir, kepala2 langsir dan membuat membuat cadar. 

 

Suasana pelajar semester 2 ketika di bengkel semester 2.

Pelatih sedang tekun menyiapkan projek latihan masing-masing.

Projek 1 - Sofa Balqis.
Antara sofa yang telah siap dihasilkan oleh pelajar semester 2.

Projek 2 - Sofa Diva
Antara sofa yang telah siap dihasilkan oleh pelajar semester 2. 
Projek ini dilakukan secara berkumpulan.

Projek Soft Furnishing.
Bed Cover/Alas Tilam bersaiz queen yang dihasilkan oleh pelajar.