Semester 1 sesi Jan-Jun 2010 terdiri daripada 19 orang pelajar. Pelajar semester 1 pada semester ini hanya mempunyai 1 kelas sahaja.
Diawal semester, pelajar ini dilatih oleh tenaga pengajar cara penggunaan dan cara mengawal mesin jahit. Ini bertujuan bagi mengelakan sebarang kemalangan ketika menggunakan mesin jahit. Mereka juga akan dilatih asas-asas jahitan sebelum memulakan projek latihan. Disamping itu juga tujuan latihan menjahit diajar adalah untuk memahirkan pelatih menjahit fabrik projek yang akan dihasilkan kelak. Projek yang diberi kepada pelajar semester 1 ialah pouffee dan sofa kanak-kanak.
Pelajar semester 1 sedang menyiapkan kerja yang di arahkan oleh tenaga pengajar.
Pouffe Cendawan yang dihasilkan oleh pelajar semester 1.



No comments:
Post a Comment