Program ini dirangka untuk menyediakan laluan kepada enam (6) kumpulan sasar yang telah dikenalpasti dan berminat untuk mendalami bidang-bidang teknikal bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah secara jangkapendek yang dilaksanakan secara lebih fleksibel berdasarkan sistem modul.
Program ini merupakan salah satu usaha bagi mengatasi masalah kekurangan pelajar di semua pusat terutama bagi kursus-kursus yang kurang popular. Dalam masa yang sama, tenaga pengajar dan kemudahan insfrastruktur di semua pusat dioptimakan. Adalah diharapkan program ini menjadi platfom kepada semua pusat utnuk menyediakan khidmat kepakaran kepada masyarakat setempat sebagai satu usaha sosial.
No comments:
Post a Comment