Kursus STUD juga telah menempa beberapa kejayaan yang boleh dibanggakan. Antara kejayaan yang telah diperolehi adalah seperti berikut :
1. Sempena Hari Kualiti Peringkat IKMSP 2009, kursus STUD telah mendapat anugerah Johan Kategori Kursus Terbaik 2009. Pada tahun 2008, kursus STUD juga telah mendapat anugerah yang sama. Ini bermakna kursus STUD telah berjaya meraih anugerah ini 2 tahun berturut-turut. Dengan anugerah yang diterima ini telah mengangkatkan lagi nama kursus.
2. Pertandingan Johan Kemahiran Peringkat IKMSP yang diadakan pada Mei 2010, kursus Stud telah menjadi Juara Kategori Seni & Rekabentuk dengan menghasilkan sebuah kerusi pelbagai fungsi.
3. Pada Minggu Aktivit sesi Jan-Jun 2010 yang lepas STUD telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Nasyid dan telah mendapat tempat ketiga.
4. Kursus STUD juga telah mencatatkan sejarah apabila memenangi Pertandingan Futsal dan menjuarai permainan tersebut pada tahun 2008.
5. STUD juga telah menjuarai perlawanan bola jaring pada peringkat IKMSP.
Piala yang dimenangi Sempena Hari Kualiti Peringkat IKMSP 2008 & 2009
Antara sijil penghargaan dan piala yang diperolehi oleh Kursus STUD


No comments:
Post a Comment